Wednesday, December 31, 2008

Kenapa Saya Bekerja?

Tak tahu apa virus yang melanda saya ketika ini... mungkinkah virus versi hujung tahun? Saya sendiripun tak tahu... semangat bekerja saya nampaknya sedikit menurun... Puas saya mencari sebab musababnya... Bukan tidak risau... lebih-lebih lagi mengenangkan kesan makan gaji buta dalam pembentukan sahsiah diri dan anak-anak... kerana rezeki yang diperolehi akan menjadi darah daging diri...

Dalam usaha melawan virus yang melanda diri saya ni sekarang ni... tup2 terjumpa komen dari satu blog lain yang secara tidak langsung mengetuk minda saya!



p/s: Saya melihat komen yang diberi dari sudut positif kerana saya agak mungkin ada yang akan mempertikaikan komen ini... terpulang kepada diri sendiri untuk menilainya.

Bagaimana nak mengembalikan semula motivasi saya untuk bekerja ni? Saya masih mencari-cari sebabnya...

* Adakah saya sebenarnya terpaksa bekerja bagi membantu menampung kos sara hidup keluarga?

* Adakah skop tugas saya ini tidak menepati minat saya?

Saya secara samar-samar membuat kesimpulan... kerana masih belum yakin inikah punca sebenarnya...

Sememangnya minat saya sebenarnya adalah dalam bidang perniagaan tapi dalam masa yang sama saya tidak yakin untuk quit kerja makan gaji tetap sekarang ini... kalau bisnes... income tidak menentu... tahu-tahu sajalah kan kos hidup di bandar ni... mungkin niat bekerja saya inilah yang menjadikan motivasi kerja adakala naik adakala turun...

Saya rasa perlu cari motivasi yang lain... komen di atas sedikit sebanyak memberi sedikit hint kepada saya... niat untuk kesejahteraan agama, bangsa dan negara... bukan setakat nakkan gaji sahaja... tapi biasalah kan... insan... tengok orang lain berumah besar, bercuti di sana sini... mulalah timbul sedikit nafsu duniawinya... :(

Nampaknya saya kena bermuhasabah lagi...

Menarik juga ni... http://wanwma.com/blog/motivasi-diri/kenapa-bekerja-begitu-tekun.html

Hijrah atau Masihi???

Mungkin ada yang tertanya-tanya... info yang dijumpai...

-----------------------------------------------------------------------

Utamakanlah Kalendar Hijrah

Persoalan tentang tahun Hijrah dan tahun Masihi ini memang sering diperbincangkan di media-media utama. Namun hingga kini rata-rata masyarakat Malaysia masih belum begitu memahami tentang kedua-dua tahun ini khasnya tahun Hijrah. Sebenarnya banyak rahsia tentang perkiraan tahun yang belum diketengahkan kepada umum.

Apabila berbicara tentang apa jua persoalan kita tidak dapat lari daripada merujuk kepada panduan yang telah ditetapkan oleh Yang Maha Pencipta. Panduan tersebut sudah tentulah al-Quran dan al-hadis. Kedua-dua sumber ini adalah dalam bahasa Arab.

Sehubungan itu, sewajarnya kita menguasai bahasa Arab untuk meneroka dengan lebih jauh rahsia-rahsia tentang perkiraan hari, minggu, bulan, tahun, dekad, kurun dan lain-lain lagi yang berkaitan.

Persoalan yang sering ditimbulkan ialah mana satu kita hendak pakai? Tahun Hijrah atau tahun Masihi? Dalam hal ini kita boleh menggunakan salah satu daripadanya. Walaubagaimanapun, yang terbaik ialah kita menggunakan kedua-duanya. Untuk itu, kita perlu membuat kajian terperinci setiap hal yang berkaitan dengan kedua tahun ini.

Tahun Hijrah adalah berdasarkan bulan, manakala tahun Masihi pula berdasarkan matahari. Antara bulan dan matahari, kedua-duanya sama penting kepada kehidupan kita. Di sebelah siang, matahari menyinari kehidupan kita. Pada waktu malamnya pula bulan yang sudi menyuluh kegelapan yang kita hadapi.

Dalam hal ini, kita selalu teringat bait-bait puisi yang sering kita lafazkan ketika tibanya Maulidun Nabawi atau Maulidur Rasul. Bait-bait puisi ini ditujukan kepada Nabi Muhammad s.a.w. iaitu:

Anta Syamsun Anta Badrun (Kaulah umpama matahari dan kaulah umpama bulan)

Anta Nurun Fauqa Nuri (Kaulah umpama cahaya di atas cahaya)

Tahun Masihi dikira berasaskan peredaran matahari manakala Tahun Hijrah pula dikira berasaskan peredaran bulan. Perkataan matahari disebut sebanyak 33 kali dalam al-Quran, berbanding perkataan bulan disebut sebanyak 27 kali dalam al-Quran. Jika dijumlahkan keduanya disebut sebanyak 60 kali. Purata bagi keduanya ialah 30 kali.

Allah berfirman, Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah ialah 12 bulan seperti mana dalam kitab Allah pada hari di mana Allah menjadikan langit dan bumi ini. Antaranya ialah empat bulan yang diharamkan berperang (Muharam, Rejab, Zulkaedah dan Zulhijjah). (at-Taubah: 36)

Sehubungan itu kita dapat perhatikan semua tahun sama ada tahun Hijrah, tahun Masihi, tahun Arab, tahun Cina, tahun India dan apa jua perkiraan tahun memiliki 12 bulan. Selain itu, jika kita menganalisis ayat al-Quran kita dapati perkataan shahrun yang bererti bulan disebut sebanyak 12 kali.

Antaranya ialah ayat yang sering dibaca ketika bulan Ramadan iaitu dalam Surah al-Qadr yang bermaksud, Lailatul qadar lebih baik daripada 1,000 bulan.

Sempena sambutan Maal Hijrah ini marilah kita merenung sejenak kedudukan umat Islam sekarang. Dalam minggu ini suasana masyarakat Islam di Malaysia ialah mereka banyak mengadakan perayaan sambutan Maal Hijrah sama ada di masjid atau di surau. Antara aktiviti yang paling popular ialah aktiviti ceramah tentang peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w. dan kaum Muslimin dari Mekah ke Madinah.

Kebanyakan penceramah akan menyampaikan cerita tentang perjalanan penuh ranjau ke Yathrib (Madinah) yang dilalui oleh Rasulullah bersama sahabat karibnya Saidina Abu Bakar.

Antara slot yang sering difokuskan ialah peranan labah-labah yang telah membuat sarang sebaik sahaja Nabi dan sahabatnya memasuki gua Thur.

Langkah labah-labah tersebut menyebabkan orang kafir Quraisy tidak berminat masuk ke dalam gua tersebut kerana merasa yakin bahawa tiada orang dalam gua kerana ada sarang labah-labah.

Pada fikiran mereka, jika ada orang yang masuk sudah tentulah sarang tersebut terkoyak. Sehubungan itu, labah-labah dianggap sebagai binatang yang mulia kerana menjadi penyelamat. Oleh itu, tidak hairanlah kalau gambar labah-labah dijadikan lambang utama atau ikon bagi sambutan Maal Hijrah di Malaysia.

Tahukah anda, bahawa peranan yang dimainkan oleh labah-labah tersebut telah menarik perhatian para saintis Barat. Di ketika masyarakat Islam di Malaysia masih lagi saban tahun bercerita tentang kisah labah-labah sebagai penyelamat, para saintis Barat telah membuat kajian terperinci tentang labah-labah.

Antara hasil dapatan yang diperolehi ialah air liur labah-labah merupakan suatu elemen yang sangat kuat dalam melindungi sesuatu benda. Setelah dibuat perbandingan didapati bahawa baju daripada air liur labah-labah didapati lebih kuat daripada baju yang dibuat daripada besi keluli. Ini kerana baju yang dibuat daripada air liur labah-labah adalah kalis peluru berbanding besi keluli.

Hasil kajian ini, Barat membuat tindakan drastik. Mereka pun membuat projek mega dengan menternak labah-labah secara besar-besaran dan membina kilang memproses air liur labah-labah. Di samping itu kajian ilmiah tentang rahsia labah-labah diteruskan dari semasa ke semasa.

Hari ini, negara-negara Barat seperti Britain menggunakan teknologi ini dalam bidang pertahanan. Mereka begitu yakin dengan fungsi labah-labah yang menjadi benteng yang kuat sehinggakan pihak musuh tidak dapat menyerang Nabi dan sahabatnya.

Jadi, apakah perbezaan antara cara berfikir masyarakat Islam di Malaysia dan para saintis di Barat? Masyarakat Islam di Malaysia hanya berminat dengan kisah-kisah perjuangan Nabi tetapi rata-ratanya masih lagi kurang berminat untuk menghasilkan sesuatu berdasarkan kisah tersebut.

Para saintis di Barat sangat berminat mengkaji sirah Nabi dan berusaha untuk menghasilkan sesuatu berdasarkan kisah tersebut. Sehubungan itu, siapa yang lebih menghayati Maal Hijrah?

Tahukah anda?

Perkataan yaum dan al-yaum (dari kata akar ya-wau-mim) yang bermakna hari disebut sebanyak 349 kali dalam al-Quran al-Karim.

Jika dicampurkan dengan perkataan yaumukum (dari kata akar ya-wau-mim) yang bermakna hari kamu semua disebut sebanyak lima kali menjadikan jumlahnya 354 kali. Ini bersamaan dengan tahun Hijrah (354 hari).

Jika dicampurkan dengan perkataan yauman (dari kata akar ya-wau-mim) yang bermakna hari (dalam bentuk mansub) disebut sebanyak 16 kali menjadikan jumlahnya 365 kali. Ini bersamaan dengan tahun Masihi (365 hari).

As-habul Kahfi (sekumpulan pemuda beriman yang tinggal dalam gua) tidur selama 309 tahun. Dalam al-Quran bilangan 309 disebut (thalatha mi atin siniina wazdaaduu tis'a) yang bermaksud 300 tahun dan mereka menambah sembilan. Setelah dibuat kajian terperinci didapati bilangan 300 tahun Masihi bersamaan dengan bilangan 309 tahun Hijrah. Sila rujuk Surah al-Kahfi ayat ke 25.

Cuba perhatikan > 300 tahun x 365 hari = 109500 hari (Masihi)

> 309 tahun x 354 hari = 109386 hari (Hijrah)

Subhanallah, inilah kehebatan Allah swt tentang peredaran matahari dan bulan dari sudut masa.

Dicatat oleh iskandar zulkarnain di 7:54

Dipetik dari: disertasi.blogspot.com/2007/11/utam...dar-hijrah.html

Tuesday, November 4, 2008

Drama di luar drama

Hari ini terbaca berita yang agak sensasi "Drama di luar drama". Sebagai wanita, tentunya hati menumpang rasa sedih dengan takdir yang menimpa pelakon wanita ni. Apatah lagi baru sahaja habis pantang... anakpun dah masuk tiga...

Saya dengan sengajanya mengusutkan fikiran saya ni dengan masalah mereka ini. Dalam fikiran saya...

Kerjaya artis ni sendiri sebenarnya telah meletakkan diri mereka agar sentiasa mengawasi kehidupan mereka dari terjebak ke perkara2 negatif kerana mereka adalah public figure. Orang sentiasa memandang perlakuan mereka... idola katakan...

Selingan jap... saya teringat zaman persekolahan dulu, ustaz saya mengajak kami bermain satu game. Setiap orang dihendaki sembunyikan satu barang dan pastikan tiada siapapun yang tahu di mana barang tu disembunyikan. Akhirnya ustaz bertanyakan setiap orang agar bagitau beliau di mana kami sorokkan barang. Fikir kami yang masih anak2 ini, ustaz sengaja ingin menduga sifat menjaga rahsia kami... tup2 saya dapat idea lain... entah2 ustaz ingin memberi pengajaran kepada kami macam mana sorok sekalipun... Allah tetap mengetahuinya...

Jadi pengajaran yang saya ambil dari game ini adalah sepatutnya kita tak perlu risau dengan penilaian dan hukuman manusia tapi lebih takut dengan hukuman dari Allah yang lebih dasyat... Inilah sebaik2 kawalan hidup kita bagi saya...

So bagi saya mungkin apa yang berlaku ke atas keluarga ini adalah sebagai peringatan agar tidak leka dan melupaiNya... Ini ingatan untuk diri saya juga...

Jadilah seperti Saidina Ali Bin Abi Talib jika mengimpikan wanita seperti Saidatina Fatimah Az-Zahra

Jadilah seperti Saidatina Fatimah Az-Zahra jika mengimpikan lelaki seperti Saidina Ali Bin Abi Talib

Hidupku dan matiku hanyalah untukNya jua...

Sunday, August 31, 2008

Alkisah di beranda rumah...

Pada suatu pagi yang tenang di beranda rumah di satu kampung... alkisahnya...

Pak A: Aku heran betullah, B...
Pak B: Apa yang engko herankan tu A...
Pak A: Ya la... entah apa nak jadi sekarang ni. Diorang ni tak reti nak menghargai usaha kerajaan lebih-lebih lagi orang Melayu. Kalau kita tengok, ramai anak Melayu yang berjaya masuk universiti. Kalau tidak kerana kerajaan ni yang bagi pembiayaan pendidikan... entah masih mundur gamaknya kita sekarang ni...
Pak B: Entah la A... gamaknya kalau tidak kerana ada angin, masakan pokok bergoyang kot...
Pak A: Aih B... berkias-kias pulak engko hari ni dengan aku ni... apa maksud engko tu B?
Pak B: Ya la A... Orang dulu memang... bergolok bergadai... susah... sengsara hidup dijajah... lumrah manusia ni waktu susah beringat... tapi waktu senang mulalah hanyut...

Dialog mereka terhenti begitu saja... kerana tiba2 Pak A memecut balik ke rumahnya di sebelah rumah Pak B je... sambil terjerit-jerit... "Oi, B! Aku balik dulu oi... tiba-tiba rasa nak membuang pulak dah!

Kesimpulan...? Simpul-simpullah sendiri... :)

Friday, August 29, 2008

Kenapa aku wujud???

Sekadar peringatan awal:
Untuk memahami apa yang bermain di minda saya kali ini memerlukan seseorang itu mempunyai 6 kriteria-kriteria asas ini.

Apakah kriteria-kriteria asas itu?
1.Percaya kepada Allah.
2.Percaya kepada Malaikat.
3.Percaya kepada Rasul.
4.Percaya kepada Kitab.
5.Percaya kepada Hari Kiamat.
6.Percaya kepada Qada’ dan Qadar.

Persoalan pertama yang bermain di minda saya...

Bagaimana manusia terjadi?

Jawapan:
"Tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui, bahawa Kami telah menciptakan dia dari (setitis) air benih? Dalam pada itu setelah Kami sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatannya) maka dengan tidak semena-mena menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya (mengenai kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang mati)."
Surah Yaasin: Ayat 77.

Selingan fakta sains yang amat menarik!
The testicle lies inside the scrotum and produces as many as 12 trillion sperm in a male's lifetime, about 400 million of which are ejaculated in one average intercourse. Each sperm takes about seventy-two days to mature and its maturity is overseen by a complex interaction of hormones.

Sumber: http://www.innerbody.com/image/repo02.html

Komen saya...
Wah! 400 million! Bayangkan dalam 400 million tu, saya@anda pulak yang satu-satunya ni terpilih untuk membesar di dalam rahim ibu tercinta dan seterusnya dilahirkan ke dunia dan menjadi seperti diri saya@anda sekarang ni!

Ya! Itulah saya@anda! Saya@anda sememangnya hebat kerana saya@anda adalah seorang pejuang! Pejuang yang berjuang untuk mendapatkan peluang menghirup udara dunia yang percuma ni!

Soalan kedua yang bermain di minda saya dan mungkin juga anda sekarang ni...

Apa pulak tanggungjawab saya@anda setelah dilahirkan ke dunia ini?

Jawapan:
"Sesungguhnya aku jadikan manusia sebagai khalifah di bumi."
Surah Al-Baqarah: Ayat 30.

“Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk pengabdian kepadaKu. Aku tidak mengkehendaki rezeki sedikitpun daripada mereka dan Aku tidak mengkehendaki supaya mereka memberi Aku makan.”
Surah az-Zariyat: Ayat 56-57.

“Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (sesaja) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada kami? Maka Maha Tinggi Allah, Raja Yang Sebenarnya, tidak ada Tuhan selain Dia, Tuhan (yang mempunyai) ‘Arasy yang mulia”
Surah Al-Mukminun: Ayat 115-116

"Dia telah menciptakan kamu dari bumi (tanah) dan menjadikan kamu pemakmurnya."
Surah Hud: Ayat 61.

Ada lagi soalan ni...

Apakah perkara yang pastinya lambat-laun dihadapi oleh setiap manusia?

Jawapan:
Firman Allah SWT:
“Dan mereka berkata: Kehidupan ini tidak lain hanyalah kehidupan di dunia sahaja, kita mati dan kita hidup dan tiada yang dapat membinasakan kita melainkan masa.”
Surah al-Jaathiyah: Ayat 24.

Firman Allah SWT:
“Dan tiadalah kehidupan di dunia ini melainkan senda gurau dan mainan belaka. Dan sesungguhnya akhirat itulah sebenarnya kehidupan, jika mereka mengetahui.”
Surah al-Ankabut: Ayat 64.

Yup! Mati! Mana ada manusia yang tak mati-mati bukan? Manusia yang paling lama hiduppun setakat 122 tahun je setakat ni.

Lagi fakta menarik!

Foto: Jeanne Calment.

The longest unambiguously documented lifespan is that of Jeanne Calment of France (1875–1997), who died aged 122 years and 164 days.

Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Oldest_people

Soalan terakhir yang bermain di minda saya sekarang ini...

Apakah persediaan saya@anda untuk menuju ke destinasi akhir kehidupan manusia ni?

Bak kata si Nabil dari Rajak Lawak tu... "Lu fikirlah sendiri" :)

"Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidup dan matiku hanya kerana Allah Tuhan sekalian Alam."

"Hai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Rabb-mu yang telah menciptakan kamu dari yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isteri(untukmu), dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang banyak(ramai)! Dan bertaqwalah kepada Allah, yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain! Dan (peliharalah) hubungan silaturrahim! Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu." (QS. An-Nisa' : 1).

Ehm... Nampaknya inilah kitaran hidup... last2 sekali berbalik ke soalan pertama... anak2 saya@anda pulak yang dilahirkan. Mereka juga semuanya hebat... I love my 4 little Khalifahs! :)

Terima kasihlah kerana sudi membaca omongan kosong saya ni... Omongan kosong ke? Well, andalah tentukan sendiri... Again... Nabil kata "Lu fikirlah sendiri". :)

Rujukan saya lagi di http://scienceandislam.tripod.com/imej/keajaiban_kejadian_manusia.htm